Perladangan

8 Tips Pilih Ketam Yang Segar, Padat Dengan Isi Yang ‘Juicy’ & Manis


“Ma… dah lama mama tak beli ketam.. adik rasa macam nak makan ketam la..”

Ketam memang disukai ramai terutamanya mereka yang menggemari makanan laut. Walaupun ketam bukanlah hidangan makanan laut yang dihidang hari-hari, tapi bila sesekali masak pastinya nakkan rasa yang sedap dan memuaskan. Jadi, wanita ini telah kongsi tips pilih ketam yang segar konfirm puas hati bila beli!

Tips Nak Pilih Ketam Segar, ‘Manis’ & Banyak Isi


Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti. Harga ketam pulak tu boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Jom ikuti perkongsian tips yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.

1.Waktu Membeli


Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.

2.Warna Cengkerang


Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.

3.Pilih Ketam Berat


Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. Timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.

4.Lihat Belakang Ketam


Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.

5.Bau Laut


Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la.

6.Cukup Sifat


Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.

7.Pilih Ketam Betina


Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi. Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.

8.Tiada Tompok-Tompok


Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanie Ishak





Source link

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *