Perladangan

Astro catat peningkatan PATAMI kepada RM171 juta bagi Q3FY20

Astro catat peningkatan PATAMI kepada RM171 juta bagi Q3FY20



ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatatkan peningkatan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak 11 peratus kepada RM171 juta bagi suku ketiga tahun kewangan yang berakhir 31 Januari 2020 (Q3FY20).

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Astro berkata syarikat tersebut juga mencatatkan Aliran Tunai Bebas (FCF) yang kukuh iaitu sebanyak RM234 juta.

Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang terjana daripada perkhidmatan TV berbayar juga kekal kukuh pada RM99.90.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata dalam landskap media yang mencabar, Astro terus berjaya menjana pendapatan tunai, mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dalam pengurusan modal syarikat.

“Pihak Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan dividen interim ketiga bernilai 2 sen sesaham,” kata Zaki dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata Astro terus mencatatkan keputusan PATAMI yang kukuh disokong perbelanjaan kos kandungan yang rendah dan pengawalan kos operasi syarikat yang sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, Astro dalam usaha untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan pelanggan, mempelbagaikan variasi kandungan serta meningkatkan pengalaman tontonan hiburan dari rumah dan memperbanyakkan fungsi bersifat peribadi pada platform Astro GO.

“Ultra Box yang dilancarkan baru-baru ini juga menyaksikan respons yang cukup baik daripada pelanggan dengan merekodkan sebanyak 10,000 pesanan setakat hari ini.

“Dalam pada itu, iQIYI turut mengumumkan kolaborasi mereka yang pertama di luar negara China bagi menghasilkan aplikasi, di mana Astro dipertanggungjawab untuk menerajui bahagian pemasaran, pemerolehan pelanggan dan hal-hal berkaitan penjualan media.

“Dengan terus memperhebat fokus di aspek perkhidmatan penstriman video, Astro kini memiliki tiga perkhidmatan penstriman eksklusif – Astro GO, HBO GO dan iQIYI,” kata Henry.





Source link

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *