Perladangan

Ibu Ayah Boleh Beli Carseat Dengan Harga RM100 Di Bawah Program Subsidi Ini


Seperti yang semua sedia maklum, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan untuk semua kenderaan persendirian bermula Januari 2020.

Bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kerusi keselamatan, BMW Malaysia ada menawarkan sebuah program kerusi keselamatan bersubsidi, di mana anda boleh mendapatkan carseat yang selamat dan mengikut piawaian dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360 °, BMW Malaysia telah bekerjasama dengan Safe’ n Sound dan Childline Foundation untuk memperkenalkan ‘Dari Hari Pertama’, sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi baru lahir.

Dengan adanya program subsidi ini ianya berharap akan menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak apabila undang-undang dikuatkuasa.

150 Unit Kerusi Keselamatan Akan Disubsidi & Dijual Dengan Harga RM100/unit

Sejumlah 150 unit kerusi keselamatan kanak-kanak berjenama snskidz Ace akan disubsidi dan dijual pada harga RM100 seunit.

Kerusi keselamatan kanak-kanak ini dijual dengan harga pasaran bernilai RM199 dan ianya boleh digunakan oleh bayi baru lahir sehingga berat mencecah 13kg dengan keadaan menghadap belakang dan mempunyai piawaian ECE R44-04.

Kelayakan / Langkah Penyertaan

Program subsidi ini adalah untuk keluarga yang bakal menimang cahaya mata atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang berat tidak melebihi 13kg, dan juga pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.

Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019.

Keluarga yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru mereka.

Berikut adalah 3 langkah mudah menyertai program tersebut.

Jangan Lepaskan Peluang Bagi Yang Layak!

Wah, bagus juga ada program begini kan. Tambahan pula hujung tahun begini memamg ramai yang terpaksa berjimat untuk menampung perbelanjaan buka sekolah awal tahun nanti.

Jadi siapa yang layak, cepatlah apply sebelum tarikh tutup 15 Disember ini ya.

Untuk mengisi borang dan membaca Terma & Syarat selengkapnya, sila terus ke pautan di laman web rasmi berikut:

https://www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak

 





Source link

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *