Perladangan

Ibu Ini Kongsi Informasi Ambil Suntikan Vaksin Di KPJ Sebelum Melancong, Penting!


Selain dari menyediakan barangan keperluan seperti pakaian dan makanan, persediaan dari segi kesihatan juga perlu dititikberatkan sebelum melancong. Ini termasuklah dengan pengambilan vaksin luar negara yang anda boleh dapatkan di hospital atau klinik terpilih. Banyak rupanya pilihan jenis vaksin iaitu untuk Penggembara, Pelajar, Suka Makan dan Jemaah Haji/ Umrah.

Begitu juga dengan apa yang dikongsikan oleh wanita ini apabila beliau mendapatkan suntikan vaksin seisi keluarga sebelum melancong ke Korea.

Ambil Vaksin Sebelum Travel

Alhamdulillah selesai sesi pengambilan Vaksin Influenza kami seisi keluarga. Yang nak ke luar negara boleh dapatkan suntikan Vaksin Influenza di mana-mana klinik atau hospital. Tahan untuk setahun. Yang area KL, KPJ Tawakal ada sediakan special promo cuma RM60 sahaja untuk satu suntikan sehingga hujung Disember.

Sebenarnya ada banyak vaksin yang lain lagi untuk tambahan yang boleh diambil. Untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah refer doc pakar dulu ya. Harga murah sedikit dari harga promo kalau di KPJ Tawakal. Boleh minta doc sediakan bekalan ubat-ubatan yang sesuai untuk anak-anak kita.

Disarankan pengambilan vaksin influenza atau mana-mana vaksin untuk ke luar negara adalah 14 hari sebelum tarikh. Jangan esok nak pergi hari ni baru suntik tau,takut demam ke apa.

1. Sila ambil brosur ini ya,tambah pengetahuan vaksin-vaksin apa yang digalakkan ambil kalau pergi melancong setiap negara.Vaksin Umrah/Haji pun ada cadangan vaksin yang disyorkan.

2. Suntik di sini di Wellness Center. Sila call untuk buat appoitment. Untuk Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah kena suntik dengan doc pakar.

3. Ubat-Ubatan yang diminta untuk bekalan anak-anak.Thanks Doc Faizal. 

4. Husband disuntik, kalau tak buat lawak bukan dia.

5. Medina tenang…

6. Daneen confirm lah menangis riuh dalam bilik doc sebab ramai betul pengiring sampai 5 orang masuk nak temankan Daneen & Sabreen kena cucuk.

*Pastikan anda ambil suntikan vaksin juga ya sebelum pergi ke luar negara tu!

Sumber : Amira Ashikin Isni





Source link

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *