Perladangan

Izzadin ganti Jamaludin terajui Axiata, menjelang akhir 2020

Izzadin ganti Jamaludin terajui Axiata, menjelang akhir 2020

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Axiata Group Berhad telah melanjutkan kontrak Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu sehingga akhir tahun ini.

Dalam pada masa sama, syarikat itu juga telah melantik salah seorang dari lembaga pengarah mereka, Datuk Izzaddin Idris sebagai Timbalan CEO, dan menjelaskan bahawa Izzaddin akan menggantikan Jamaludin apabila kontrak beliau tamat pada bulan Disember tahun ini.

Kontrak Jamaludin sepatutnya berakhir pada 2 Mac 2020.

Izzaddin sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan UEM Group Berhad, dan telah menjadi salah seorang dari lembaga pengarah Axiata sejak akhir 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Axiata, antara tugasan Izzaddin sebagai Timbalan CEO adalah untuk mentadbir fungsi kewangan, strategi, pengurusan korporat dan perkhidmatan digital syarikat itu.



[ad_2]

Source link

Related Posts