Uncategorized

KP1801: 13-15hb Jan 2018

Alhamdulilah dan syukur, seramai 10 orang mendaftar dan menjalani program Jutawan Ternak MJFatonah buat kali pertama tahun ini 2018 yang berlangsung pada 13-15hb Jan 2018. Seramai 7 orang peserta mengikuti program jutawan Ruminan (Lembu/Kambing) dan selebihnya adalah peserta unggas (ayam/itik/puyuh).
Walaupun kumpulan ini kecil, Akademi MJFatonah tetap menjalankan amanah yang diberikan tanpa mengurangkan modul, malah peserta merasai lebih rapat dan mesra serta mudah belajar. Teori dan praktikal yang dijalankan memudahkan peserta faham kerja-kerja penternakan dan kami juga mengajar ilmu keusahawanan agar sasaran JUTAWAN TERNAK boleh direalisasikan dengan perancangan yang teratur dan berdisplin.
Peserta kali ini datang dari Serawak, Pulau Pinang, Melaka, Johor , KL dan Perlis. Jutawan Ternak seterusnya pada 17-19hb Feb 2018. Hubungi 012-3343800 utk pertanyaan dan tempahan.