Perladangan

Naeem Khan dilantik Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia

Naeem Khan dilantik Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia



KUALA LUMPUR: Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd. (PMM) mengumumkan pelantikan Naeem Khan sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Januari lalu, menggantikan Kang Tae Koo.

Menurut PMM, Naeem memiliki pengalaman selama 21 tahun dalam pengurusan korporat, perniagaan dan aktiviti komersial meliputi Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Sebelum menyertai PMM, Naeem merupakan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi, EZbuy Holding Ltd. di Pakistan iaitu sebuat platform dalam talian antarabangsa.

Dalam pada itu, Naeem juga telah menghabiskan 18 tahun dalam kerjaya profesional di sebuah syarikat pengguna atau penjagaan kesihatan terbesar dunia sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Philip Group of Co. di Malaysia pada 2011 dan Naib Presiden Produk Pengguna bahagian lampu untuk pasaran yang berasas luar dari China.

“Industri tembakau sedang berkembang pesat, inovasi baru dan teguh yang membina pengurangan bahaya akan membantu dunia mencapai masa depan bebas rokok dengan pantas.

“Saya sangat teruja dan bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan bersejarah Philip Morris ke arah dunia bebas rokok untuk generasi akan datang.

“Kami akan berusaha untuk meletakkan Philip Morris Malaysia sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab sekali gus menyumbang secara positif kepada ekonomi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.





Source link

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *