Showing all 5 results

Bayam brazil

RM45.00 RM40.00
BAYAM BRAZIL Pengenalan Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiat Bayam Brazil Terhadap Kesihatan Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Cuka kayu

RM45.00
2 CUKA KAYU UNTUK SETIAP RUMAH Mokusaku atau di kenali sebagai Cuka Kayu. Sebahagian umum sudah tahu akan kegunaannya dan juga manfaat cuka kayu pada tanaman malah ia juga bermanfaat pada ternakkan sprt kamping dan ayam atau pemeliharaan sprt kucing. Di gunakan pada masalah kutu dan mencegah masalah kulit. Kebaikan cuka kayu untuk tanaman: 1. Bertindak sebagai penangkis serangga perosak, mengawal pertumbuhan kulat merbahaya dan bakteria. 2. Membasmi kuman dan meneutralkan keasidan tanah, membaiki tahap pH dan menambah kepekatan nitrogen menjadikan tanah lebih sihat. 3. Mengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman. 4. Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja komersial sehingga 50% 5. Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan, 6. Menambah kemanisan buah-buahan dan tebu 7. Mempercepatkan proses kompos terhasil 8. Mengurangkan bau busuk kompos 9. Menghilangkan bau bahan buangan ladang dan membasmi kuman ladang ternakan lembu, ayam dan sebagainya. Penggunaannya 5ml -7ml cuka kayu di campur dengan 1liter air spray pada tanaman/media tanah/ternakan/peliharaan. Kekerapan bergantung pada keadaan jika ada seranggan atau jangkitan spray 1 kali atau 2 kali seminggu. Jangan risau cuka kayu tidak memberi tindak balas kimia jika terlebih dos kerana ia di perbuat dari pemeluwapan asap arang kayu bererti ia adalah organik. Untuk penanam durian jika ada masalah kanker batang pokok, sapu pati cuka kayu pada kawasan yang berjangkitan. Untuk pekebun yang rajin menyemai anak-anak benih cuka kayu boleh membantu tumbesaran anak pokok supaya tinggi anti-body pokok.

Kunyit Hitam

RM70.00 RM65.00
Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora). Kegunaan Kunyit Hitam dikaitkan dan dipercayai dalam ikhtiar perubatan atau pencegahan kanser usus, tenaga batin, masalah Osteoarthritis, penurunan paras kolesterol, kesihatan sistem pencernaan, masalah asma, kesihatan jantung, anti penuaan, jerawat, ruam dan masalah kulit gatal. Khasiatnya Ia sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi. Berdasarkan kajian, Kunyit Hitam sangat banyak khasiat perubatan dan kandungan perubatannya tidak ditemui di dalam herba lain. Kandungan karkumin di dalamnya sangat baik sebagai bahan anti-radang atau anti-inflamasi bagi penyakit biasa dan kronik.

minyak urat terapi

RM20.00 RM17.00
sekali sapu terus terasa dan meresap

Rumput Beaijing

RM45.00 RM40.00
Rumput Beijing (Murdannia bracteata) atau “Ya pak-king”, 北京草 ialah herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Terdapat beberapa kajian saintifik yang membuktikan kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Walaupun ada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih diperingkat awal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif, rumput Beijing telah lama digunakan untuk merawat kanser. Cara penyediaan jus rumput Beijing 1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air. 2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput. 3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes. 4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih. 5. Tapis dengan menggunakan penapis kain Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.Untuk kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali.