Showing all 2 results

Show sidebar

Bayam brazil

RM45.00 RM40.00
BAYAM BRAZIL Pengenalan Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiat Bayam Brazil Terhadap Kesihatan Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Rumput Beaijing

RM45.00 RM40.00
Rumput Beijing (Murdannia bracteata) atau “Ya pak-king”, 北京草 ialah herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Terdapat beberapa kajian saintifik yang membuktikan kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Walaupun ada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih diperingkat awal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif, rumput Beijing telah lama digunakan untuk merawat kanser. Cara penyediaan jus rumput Beijing 1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air. 2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput. 3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes. 4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih. 5. Tapis dengan menggunakan penapis kain Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.Untuk kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali.