TERMA DAN SYARAT KEPADA PEMBEKAL

  1. Maklumat

    a. Saya/ Kami akan memberikan maklumat mengenai produk seperti varieti, berat, saiz dan lain-lain dengan betul dan tepat di dalam laman sesawang ini;
    b. Saya/Kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat mengenai varieti, berat, kuantiti dan harga produk, kaedah penghantaran, lokasi ambilan dan maklumat lain yang perlu;
    c. Saya/Kami akan membuat pemberitahuan sebaik sahaja kehabisan stok.
    d. Saya/Kami akan segera membuat pembetulan apa-apa maklumat yang tidak tepat atau tidak sesuai di dalam laman sesawang.
    e. Saya/Kami akan memberikan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh pentadbir laman sesawang ini.

    2. Integriti Perkhidmatan

    a. Saya/Kami akan membekalkan produk berkualiti yang segar, selamat untuk pemakanan, jangka tamat tempoh yang sesuai dan pembungkusannya sesuai.
    b. Saya/Kami akan menghantar tempahan dalam tempoh yang telah ditetapkan;
    c. Saya/Kami akan memastikan bahawa tempahan siap sedia untuk dikutip pada masa ambilan;
    d. Saya/Kami akan memastikan bahawa buah-buahan segar, sayur-sayuran and bunga-bungaan adalah mematuhi kehendak peraturan mengenai penggredan, pembungkusan dan pelabelan.

    3. Kegagalan Pembekalan

    a. Saya/Kami akan menggantikan tempahan yang gagal dihantar yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan, dalam masa yang ditetapkan oleh Pembeli;
    b. Saya/Kami akan menggantikan tempahan dengan yang sama kualiti dan kuantiti, atau menukar dengan item lain atas permintaan pembeli; dan
    c. Saya/Kami akan memulangkan bayaran yang telah dibuat oleh pembeli dalam masa empat belas hari bekerja bagi pesanan yang gagal dihantar kepadanya.

    4. Bayaran dan Caj

    a. Saya/Kami bersetuju bahawa pentadbir laman sesawang ini boleh menentukan kaedah bayaran bagi pesanan dan jualan dari semasa ke semasa;
    b. Saya/Kami bersetuju bahawa pentadbir tersebut boleh dari semasa ke semasa membuat pemberitahuan mengenai pengenaan caj dan komisyen, dan apabila saya bersetuju, boleh mengenakan caj dan komisyen tersebut; dan
    c. Saya/Kami bersetuju bahawa MJF Marketing boleh membuat potongan sebelum menyalurkan bayaran bagi jualan kepada saya/kami sebagai kontra bagi apa-apa caj, komisyen, pulangan dan lain-lain jika perlu.

    5. Akujanji

    a. Saya/Kami akan mengiklankan hasil pertanian dan produk berasaskan pertanian sahaja;
    b. Saya/Kami akan mengiklankan benda-benda yang tulen dan tidak akan melanggar mana-mana undang-undang berkaitan hak terhadap harta intelek;
    c. Saya/Kami tidak akan menggunakan logo MJ Fatonah atau mana-mana pihak tanpa kebenaran terlebih dahulu;
    d. Saya/Kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala yang saya/kami iklankan;
    e. MJ Fatonah Marketing tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak lain yang terjejas oleh iklan saya/kami di dalam laman sesawang ini;
    f. Saya/Kami dengan ini akan menanggung kerugian atas apa-apa tuntutan, dakwaan atau prosiding berkaitan iklan saya/kami di dalam laman sesawang ini;
    g. Saya/Kami akan mematuhi semua undang-undang Malaysia terutamanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Jenayah Siber 1997 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
    h. Saya/Kami bersetuju bahawa apa-apa pertikaian berbangkit atau berkaitan dengan laman sesawang ini hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang ditubuhkan oleh MJ Fatonah Marketing.

    6. Pengeluaran dari Laman Sesawang

    MJ Fatonah Marketing berhak untuk mengeluarkan dan menyekat saya/syarikat kami dari memasuki laman sesawang ini jika berlaku pelanggaran Terma dan Syarat atau tidak lagi aktif.

    7. Pindaan Terma dan Syarat

    Pihak pentadbir boleh meminda Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa dengan pemberitahuan di dalam laman sesawang ini.

    8. Undang-undang

    Terma dan syarat ini serta penggunaan laman sesawang ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.